Rabu, 29 Jun 2011

PEMUDA & PAPA GOMO NAIK MINYAK, AMK CABUT LARI.


Jangan mencabar PEMUDA UMNO, dan PAPA GOMO. Mereka adalah lelaki berhemah tapi bukan spesis sotong seperti ahli-ahli AMK. Siapa suruh hantar sms ugut bunuh kepada PEMUDA dan PAPA GOMO? Ingat mereka takde keberanian untuk bertindak kejam dan tegas mempertahankan diri ? 



Apa yang mereka lakukan dengan mengepung bangunan ibupejabat PKR adalah tindakbalas kepada provokasi melampau dan intimidasi jenayah yang dilakukan oleh AMK selama ini kepada mereka. Kesabaran mereka sentiasa di cabar oleh AMK dengan ugutan berterusan di dalam facebook, twitter dan blog. Akibatnya, rasakanlah amukan mereka !



Tidak ada sekur anak iblis laknatullah AMK yang sanggup berdepan dengan PEMUDA sewaktu mereka mengepung bangunan ibupejabat PKR. Rupa-rupanya, AMK ini sama seperti Anwar Aljuburi, cakap saja degar-degar bila di sahut cabaran, AMK akan lari bersembunyi. Bagi menutup kemaluan mereka, AMK menuduh ada cubaan membakar bangunan ibupejabat PKR oleh PEMUDA. Sifat pengecut dan cabul AMK amat jelas kelihatan di mana-mana. Jika mereka turun ke perhimpunan haramjadah Beershit pun, mereka pasti memakai baju kurung perempuan dan bertudung atau berskrit pendek bergincu bibir. 



Selepas ini semua pergerakan AMK akan diperhatikan dan dikatakan bahawa bekalan pampers untuk orang dewasa telah kehabisan stok di beli oleh AMK.

JANGAN CABAR-CABAR. TEPUK DADA TANYA IMAN.

ANDA BERHAK MENYAMAN PENGANJUR BEERSHIT. BAGAIMANA DAN SIAPA YANG PERLU DI SAMAN.


Tertarik dengan artikel blog politik Jerantut WZWH juga seorang sahabat baik JS, artikel penuh di sini kerajaan-dan-rakyat-malaysia-perlu.ambiga, JS menyentuh serba sedikit mengenai hak menyaman yang di sebut KAUSA TINDAKAN, cara-cara menyaman serta tuntutan-tuntutan di dalam saman.

KAUSA TINDAKAN (HAK MENYAMAN)

Hak anda untuk menyaman Ambabigagal dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil termaktub di dalam Kebebasan Asasi Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan Akta Sivil.

Anda boleh menyaman di atas kapasiti berkumpulan mewakili kepentingan kelompok yang terjejas akibat Beershit dan di atas kapasiti anda sebagai seorang pengundi berdaftar yang diprejudiskan hak anda untuk mengundi bagi memilih kerajaan melalui sistem pilihanraya.

Alasan-alasan bagi KAUSA TINDAKAN yang anda boleh kemukakan ialah penganjuran BEERSHIT telah menyebabkan dan akan menyebabkan keselamatan nyawa, hartabenda dan pergerakan anda terancam yang boleh mengakibatkan anda mengalami kerugian, ketakutan dan kacauganggu kepada penghidupan anda. Termasuk menafikan dan memprejudiskan hak anda sebagai pembayar cukai. Seterusnya menafikan, memprejudiskan dan menjejaskan hak anda sebagai pengundi berdaftar.

TUNTUTAN-TUNTUTAN SAMAN.

Anda boleh menuntut kepada mahkamah perintah-perintah khusus, am dan tambahan seperti berikut :-

1. Tuntutan gantirugi am dan khas ke atas kerugian ekonomi dan kacauganggu penghidupan.
2. Memohon perintah injuksi terhadap penganjur BEERSHIT.
3. Memohon perintah khusus Mandamus meminta mahkamah mengarahkan pihak Polis, KDN dan Pendaftar Persatuan membatalkan pendaftaran semua NGO-ngo, parti politik dan persatuan yang menjadi ahli Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.
4. Memohon perintah khusus mahkamah mengarahkan penganjuran Beershit dibatalkan di seluruh negara dan di luar negara atas kepentingan keselamatan Persekutuan, mana-mana bahagiannya termasuk kawasan kedutaan dan keselamatan awam.
5. Memohon apa-apa perintah mahkamah yang difikirkan suai manafaat dan munasabah sebagai tambahan.

CARA MENYAMAN.

Anda boleh menamakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil sebagai defendan pertama, AJK penganjur Beershit sebagai defendan kedua, ketiga dan seterusnya dan ahli gabungannya sebagai defendan-defendan seterusnya.

Anda boleh memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di mana anda bermastautin samada di atas nama anda sendiri atau di atas nama perkumpulan anda.

Saman hendaklah difailkan serentak di seluruh negara bagi membolehkan mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo menetapkan dan menyatukan semua saman-saman bagi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan ianya merupakan saman-saman berkumpulan di atas isu-isu yang dipertikaikan dan tuntutan-tuntutan yang sama. 

Bagi mempercepatkan proses pendengaran, anda wajib memfailkan SIJIL PERAKUAN SEGERA di atas alasan bahawa ianya perlu di dengar segera atas kepentingan keselamatan awam.

Diharapkan PERKASA, UMNO, BARISAN NASIONAL, PARTI-PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL, PATRIOT, orang perseorangan, korporat dan persatuan-persatuan peniaga, teksi dan mana-mana orang perseorangan, pertubuhan berdaftar, ngo-ngo dan persatuan berdaftar yang anti BERSIH 2.0 akan mengambil tindakan cepat menyaman PENGANJUR BERSIH.

KOS & PERBELANJAAN.

Kos dan perbelanjaan bagi memfailkan saman dan Sijil Perakuan Segera di mana-mana Mahkamah Tinggi ialah hanya sekitar RM 500 sahaja. 

Kos khidmat peguam boleh di rundingcara dengan peguam yang terbabit. Ataupun anda boleh meminta khidmat bantuan guaman daripada BIRO BANTUAN GUAMAN yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia di semua negeri. 

JS berharap agar maklumat ini boleh dijadikan suatu tindakan yang dizahirkan kepada tindakan yang proaktif bagi menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENYOKONG BEERSHIT DAN BEERSHIT ADALAH TINDAKAN BAHLOL SEKELOMPOK KECIL YANG MAHU MEMBUAT HURU HARA.




NAK TUNGGU APALAGI? SAMAN JE TERUS, BOLEH GUNAKAN KHIDMAT YB ZULKIFLI NORDIN DAN PEGUAM-PEGUAM YANG ANTI BEERSHIT. ANDA SEMUA MAMPU LAKUKAN! TEPUK DADA TANYA IMAN.

KONTEKS BEERSHIT YANG SARAT PREJUDIS.



Saya tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh M.I.M yang merujuk kepada artikel Dr. Chandra Muzaffar mengenai konteks BERSIH. Artikel penuh sila ke link ini DR CHANDRA MUZAFFAR. Dr Chandra membicarakan mengenai KONTEKS BERSIH dari sudut :-

1. Isu-isu yang dibawakan oleh BERSIH.
2. Soal Keselamatan.
3. Impak / Natijah.
4. Motif-motif.

Dr Chandra mengaitkan KONTEKS BERSIH dari sudut perundangan KEBEBASAN ASASI yang termaktub di dalam BAHAGIAN II Perlembagaan Malaysia khusus dari sudut pandang dan natijah FASAL 2 PERKARA 10 - Kebebasan Asasi bersuara, berhimpun dan berpersatuan.





PERKARA 10 
Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(Lihat Fasal 1, Perenggan b )




Dalam konteks Perkara 10, Fasal 1 perenggan (b) , Dr Chandra bersetuju bahawa setiap warganegara berhak berhimpun secara aman tanpa senjata. Namun kebebasan asasi hak ini hanya terpakai kepada warganegara Malaysia bermakna pemegang Kad Pengenalan Biru dan bukan merah. 

Perkara 10
Fasal 1
Perenggan b

'Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.'




Konteks kebebasan asasi hak berhimpun di bawah perenggan (b), Fasal 1 , Perkara 10 adalah tertakluk kepada sekatan yang termaktub di dalam perenggan (b) Fasal 2 Perkara 10 atas sebab kepentingan keselamatan Persekutuan atau ketenteraman awam.


PERKARA 10
FASAL 2
PERENGGAN b
'Batasan Hak berhimpun secara aman tanpa senjata demi Kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-aman bahagiannya atau ketenteraman awam'




Konteks BERSIH dalam kebebasan asasi hak berhimpun secara aman tanpa senjata adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-

  1. Mempunyai permit yang sah mengikut sekatan yang dikenakan
  2. Penaja, Pemberi dana dan Peserta adalah warganegara Malaysia yang cukup umur.
  3. Ianya adalah aman tanpa senjata.
  4. Ianya tidak mengancam kepentingan keselamatan negara dan awam.

Oleh itu tujuan permit adalah sebagai pengukur dan penilaian samada mana-mana perhimpunan yang ingin diadakan oleh warganegara Malaysia adalah bersifat aman tanpa senjata dan tidak mengancam kepentingan keselamatan negara dan awam. 

Adalah mustahil untuk kita mempercayai secara lisan yang diberikan oleh penganjur BERSIH BAHAWA IANYA AMAN TANPA SENJATA. 

Perbandingan yang paling dekat ialah BERSIH 1 pada November 10, 2007 demonstrasi HINDRAF November 25, 2007 dan demontrasi Reformasi sepanjang 1998 sehingga pertengahan 2000, terdapat unsur-unsur keganasan yang berlaku di mana anggota polis tercedera serta adanya bukti-bukti berikut:-

(a) Peserta membawa senjata yang disembunyikan seperti pisau, batang besi dan sebagainya.
(b) Peserta terdiri daripada kalangan bukan warganegara Malaysia.
(c) Peserta terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja di bawah umur dewasa 18 tahun.
(d) Peserta terdiri daripada mahasiswa/i yang dikenakan sekatan di bawah AUKU 1974.
(e) Menjejaskan pemandu teksi.
(f) Menjejaskan peniaga kecil.
(g) Menganggu lalulintas
(h) Menimbulkan ketakutan kepada para pelancong bergerak bebas.

Dr Chandra menjelas di dalam kontek motif BERSIH menyatakan secara ringkas :-

(a) Ianya mempunyai motif tersembunyi yang bersifat curang dan jahat.
(b) Ianya hanya untuk dijadikan batu loncatan kepada Anwar Ibrahim, DAP & PAS sebagai jalan singkat menuju Putrajaya. (Pendapat penulis: Ini menafikan Kebebasan Asasi Hak mengundi rakyat yang tidak menyokong rejim Pakatan Toghut satanisma haramjadah dapkrpas)
(c) Tiada manafaat kepada orangramai
(d) Sebagai kalihan isu perbicaraan liwat 2 Anwar Ibrahim dan penghalang-penghalan besar kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr Chandra memberikan peringatan tegas kepada semua seperti berikut:-
Once Malaysians understand the context--- especially the ulterior motives--- theywill be wary about July 9. They will be able to distinguish the self-serving agenda of a deeply flawed politician from the genuine quest for electoral reform and political transformation. They should not allow such a politician to undermine their future.
Apabila rakyat Malaysia memahami konteksnya -- terutama motif-motif-- tersembunyi mereka akan risaukan mengenai Julai 9. Mereka akan mampu membezakan agenda kepentingan peribadi politikus curang dengan perjuangan ikhlas untuk pembaharuan pilihanraya dan transformasi politik. Mereka sewajarnya tidak membenarkan politikus sedemikian untuk meruntuhkan masadepan mereka.



TEPUK DADA TANYA IMAN.