Isnin, 13 Jun 2011

PEMBELAAN KEPADA YANG TIDAK DIPERTAHANKAN.



1. Kenyataan yang di buat oleh Zahid Hamidi mengingatkan saya kepada peristiwa sepanjang tempoh tahun 1997 sehingga kini . Saya tidak akan mengupas ebih lanjut atau meneka apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Zahid Hamidi sebaliknya saya mengambil opsyen bersangka baik terhadap kenyataannya.

2. Sepanjang tempoh berperang di alam siber melalui NADI RAKYAT terutama di dalam Facebook, pengalaman mengajarkan kepada saya untuk bersikap keras dalam setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh pencacai pembangkang yang rata-rata isu-isu berbangkit itu tidak mempunyai fakta mahupun berdiri di atas alasan yang munasabah. 100% isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah bersifat kenyataan umum yang berbaur fitnah temberang semata-mata dan tidak masuk akal langsung. 

3. Zahid Hamidi sedar bahawa penjelasan dan penerangan secara perincian jelas di buat oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada dan ianya berada di luar bidang para bloger untuk memperjelaskannya.. Apa yang disarankan oleh Zahid Hamidi ialah keperluan mendesak kepada sebuah Unit Tempur Siber yang tahan lasak dan bersistematik untuk menjawab semua isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Apakah Bersistematik yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi biarlah beliau sendiri yang menerangkannya. 

4. Sebuah blog pro BN, Audie's61 mengulas kenyataan Zahid Hamidi dan mengambil kesempatan untuk membuat pembantaian lembut kepada kelompok bloger yang menjadi askar  upahan dan musuh dalam selimut yang lebih mementingkan kadar rating sehingga menjadi liabiliti kepada kerajaan, benarkah begitu?

5. Saya berpandangan bahawa ianya merupakan pendapat peribadi penulis blog tersebut dan apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi juga adalah pendapat peribadinya sendiri. Besar kemungkinan realitinya adalah lebih jauh dari apa yang sebenarnya berlaku, adakah ianya bersifat negatif atau positif? Adalah mustahil untuk saya memberitahunya kepada umum kerana ianya melibatkan RAHSIA STRATEGIK & PERGERAKAN PEPERANGAN SIBER , TAKKANLAH SEMUANYA HENDAK DICERITAKAN , YEA TAK? ~ wink wink wink

Teringin juga melihat bagaimana jenis sibertruper bersistematik Zahid Hamidi tersebut ditubuhkan untuk melihat sejauhmana kehandalan mereka menghadapi semua isu-isu berbangkit. Adakah mereka akan rebah atau menjadi rubah. TEPUK DADA TANYA IMAN.

APA YANG ANDA TIDAK PATUT KETAHUI MENGENAI PAS & PKR DALAM TEMPOH 20 TAHUN MENDATANG.


Siapa yang berada dalam kepimpinan Tertinggi PAS dan PKR sekarang? Melayu Islam atau kelompok manusia setan tegar yang di luar nampak macam Melayu, bercakap macam Melayu, berbudaya macam Melayu, berjalan macam Melayu, beragama macam Islam tapi sebenarnya pengikut setan-nirrojiim?

 

1. Siapakah sebenarnya manusia bernama Anwar Ibrahim dan konco-konconya di dalam PKR dan PAS? Kenapa semasa beliau berada di dalam ABIM sebelum menyertai UMNO [sebab musababnya menjadi sebuah misteri] nama beliau begitu cepat dikenali baik di dalam dan di luar negara? Atas rekomendasi dan rangkaian siapakah selama ini Anwar Ibrahim bergerak menaikkan namanya?

2. Datuk Hasan Ali telah dipinggirkan dari menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan perkara ini berlaku selepas konco-konco Anwar Ibrahim menguasai saf kepimpinan PAS dan menyingkirkan pengaruh foolamak Ekstrimis tradisi PAS. Beliau pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS sudah tidak memerlukannya lagi. Kenapa ? Adakah beliau berkata benar atau mengesahkan apa yang sudah nyata jelas kebenarannya? 

3. Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan yang begitu pro dan memihak kepada DAP sebelum berlakunya muktamar PAS ke 57 di mana beliau mendakwa bahawa anak-anak PAS lebih suka berada di dalam DAP kerana PAS ketinggalan zaman, Adakah beliau berkata benar atau mengesahkan kebenaran yang sudah jelas nyata?

4. Tidak lama selepas kemenangan Mat Sabu menewaskan penyandang jawatan ustaz Nasha, Mak Lempira Ampang sang Zuraidah membuat lapuran polis kononnya ada pihak telah meletakkan sebuah cakera padat mengenai salahlaku seksual Mat Sabu. Selama ini hanya IKD mempunyai segala maklumat lengkap mengenai Mat Sabu. Siapa pula IKD? IKD adalah sayap propaganda Anwar Ibrahim sejak dahulu. Adakah Mak Lempira Ampang sang Zuraidah berkata benar atau hanya mengesahkan kebenaran yang sudah tampak jelas nyata? 

5. Kembali kepada persoalan pokok tajuk artikel ini, Apa Yang Anda Tidak Patut Ketahui Mengenai PAS dan PKR Dalam Tempoh 20 Tahun Mendatang, Pada agakan anda apakah perkara yang anda tidak patut ketahui ? Jawapannya mudah, adakah anda ingin menjadi orang yang tidak patut ketahui mengenai PAS dan PKR dalam tempoh 20 tahun mendatang atau adakah anda ingin menjadi orang yang patut tahu mengenai PAS dan PKR dalam tempoh 20 tahun mendatang? Artikel ini bersambung ......

Naluri manusiawi sentiasa mahu mengetahui daripada tidak tahu.Sudah tentu anda ingin ketahui  mengenai PAS dan PKR dalam tempoh 20 tahun mendatang. Bayangan masa depan itu dapat di lihat dari apa yang berlaku pada hari ini. Anda perlu cakna dengan setiap apa yang berlaku pada hari ini untuk melihat bebayangan di masa depan dan ketahuilah bebayangan masa depan PAS dan PKR dalam tempoh 20 tahun mendatang sungguh mengerikan ! TEPUK DADA TANYA IMAN.