Sabtu, 21 Mei 2011

VIDEO SALAHLAKU SEKS LELAKI 'Y' : KESALAHAN SEKS ORAL S. 377A KK- ATAS KAPASITI APA SUPAYA PELAKU SEKS ITU DI AMBIL TINDAKAN?




Seorang pemberi komen bertanya kepada JS, di atas kapasiti apakah lapuran polis di buat untuk memastikan supaya pelaku seks oral dalam video tersebut di ambil tindakan ? Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah Akta 593 adalah jawapan kepada pertanyaan pemberi komen tersebut. Di bawah di petik kembali soalan beliau tersebut.

Mohd Afdzal Mokhtar berkata...
salam bro..walaubagaimanapun,mesti org yg buat oral sex tu kene buat aduan,btol x..?kalau kite yg x de dlm itu gambar buat aduan,x bole la nk disabitkan pelaku sex oral tu...memang aduan boleh dibuat,tapi diatas kapasiti ape supaya pelaku didlm video sex itu di ambil tindakan..?
21 Mei 2011 12:31 PM 




1.  Kita boleh membuat lapuran Polis di atas kapasiti yang di sebut dalam seksyen 107 (1) KAJ [Kanun Acara Jenayah] bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di atas maklumat yang di berikan oleh kita berkenaan dengan perlakuan seks oral dalam video tersebut. 

2. Kapasiti mana-mana orang perseorangan dan pertubuhan NGO adalah di atas kapasiti ' PEMBERI MAKLUMAT' di bawah seksyen 107 (1) KAJ tersebut.

3. Berdasarkan kepada maklumat yang di terima itu, pihak polis akan menjalankan penyiasatan mereka mengikut prosedur yang ditetapkan seterusnya di dalam Bahagian V (5) Bab XIII (13) KANUN ACARA JENAYAH AKTA 593.

Diharapkan penerangan ringkas ini dapat memberikan manafaat kepada semua pihak. Bila dah dapat manafaat, bertindaklah untuk memanjangkan manafaat itu kepada seluruh rakyat Malaysia yang kini mahu KEBENARAN didedahkan kepada umum. Kepentingan Agama, Bangsa dan Negara berada pada pilihan anda semua. Tepuk Dada Tanya Iman.

VIDEO SEKS ANWAR : AKTA 574 KANUN KESIKSAAN -KESALAHAN ORAL SEKS SEKSYEN 377A. KALAU BUAT LAPORAN POLIS DI JAMIN MELETOP.

Kita terlepas pandang rupanya, dalam video salahlaku seksual ada adegan SEKS ORAL dilakukan oleh China Doll dengan Lelaki 'Y' . SEKS ORAL adalah suatu kesalahan jenayah SEKS LUAR TABIE' di bawah seksyen 377A Kanun Kesiksaan Akta 574. Andaikata, lapuran polis di buat oleh mana-mana pihak ataupun atas inisiatif PDRM sendiri, IDENTITI LELAKI 'Y' yang terlibat dalam adengan SEKS ORAL tersebut BAKAL DI PANGGIL POLIS. Anwar Ibrahim ini degil sangat kan.


Adengan Oral Seks Dalam Klip Video Salahlaku Seksual
Lelaki 'Y' adalah 

SUATU KESALAHAN JENAYAH SEKS DI LUAR TABIE'
DI BAWAH seksyen 377A Kanun Kesiksaan Akta 574




Kepada sesiapa yang teringin sangat agar PDRM bertindak tegas dalam kes pengaduan video salahlaku seksual Anwar Ibrahim ini, buat lah laporan Polis mengenai adegan Seks Oral tersebut kerana ianya merupakan suatu kesalahan Jenayah Seks Luar Tabie' di bawah Seksyen 377A Kanun Kesiksaan Akta 574. Pada kali ini pasti kita akan dapat pengesahan yang di tunggu-tunggu mengenai identiti Lelaki 'Y' dalam video tersebut. Tepuk Dada Tanya Iman.

EDISI SARAPAN: Menyembunyikan Kebenaran



TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH



Pada alaf baru, di Malaysia dalam kancah gelanggang politik, tabiat menyembunyikan kebenaran menjadi kegemaran Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya. Tabiat buruk ini dicontohi dan diamalkan secara membuta tuli oleh para penyokong taksub Anwar Ibrahim. Ini amat memalukan semua pihak. Paling menyedihkan apabila tabiat buruk tersebut mendarahdaging dalam perwatakan sehingga tabiat buruk tersebut menjadi sebahagian diri mereka. 

1.  Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan kembali semula ke dalam gelanggang politik negara, tabiat buruk para pemimpin, ahli serta simpatetik PASDAPKR semakin bertambah buruk. Ianya sudah sampai ke tahap tidak boleh diperbaiki lagi. Ibarat barah yang sudah menjangkiti seluruh badan dan satu-satunya jalan penyembuhan ialah membuang barah tersebut. 

2. PASDAPKR sentiasa membunyikan kebenaran terutama dalam isu mengenai pendedahan salahlaku seksual Anwar Ibrahim, penyelewengan kuasa, rasuah, politik wang dan salah urustadbir pihak eksekutif negeri di bawah pentadbiran PASDAPKR. Setiap saat dan detik kezaliman dilakukan oleh PASDAPKR. 

3. Khazanah dan tabungan negeri terkumpul pada masa pentadbiran eksekutif Barisan Nasional semakin mengecil dan tidak pernah diisikan kembali oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR. Itulah antara penyelewengan kuasa eksekutif terbesar dan tidak bertanggungjawab pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR. 

4. Harta Takalih, harta alih, harta kekal dan kecairan harta-harta milik negeri sudah banyak di jual dan digadaikan oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR seolah-olah ianya milik peribadi mereka sendiri. Ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran eksekutif Barisan Nasional. Tidak ada sebarang penambahan aset-aset kekal dilakukan oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR. Pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR sentiasa menambah liabiliti dan tangunggan yang begitu membebankan perbendaharaan negeri. 

Kecuaian pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR adalah sesuatu yang disengajakan oleh mereka untuk mengumpul Dana Politik mereka. Mereka pun tidak yakin dapat kekal sebagai pentadbiran eksekutif negeri. Dalam hal ini, generasi terkemudianlah yang menanggung kerugian besar. Yakinlah dan percayalah, rejim PASDAPKR menyembunyikan fakta-fakta di atas dengan licik melalui penipuan dan pembohongan besar kepada rakyat. Janganlah anda meletakkan sebarang kepercayaan dan amanah kepada PASDAPKR yang suka berjanji manis. Kepercayaan dan amanah anda PASTI DIKHIANATI OLEH PASDAPKR. TEPUK DADA TANYA IMAN.

EDISI SANTAI: Azmin Ali Hentam Anwar Ibrahim.


Masihkah anda ingat klip video suntingan pihak PKR memperlekehkan ucapan DS Najib suatu masa dulu? Kini, PKR pula menerima pembalasan daripada perbuatan mereka. Saksikan klip video ini yang di ambil daripada blog Panglima Perang Cyber. Santai-santai dinihari.




1. Lihat juga klip video di bawah ini suntingan bloger 1 Peluru.




Jangan ingat perbuatan jahat tidak dibalasi. Tepuk Dada Tanya Iman.