Jumaat, 23 September 2011

PASAL ZINA SIAM BANG NUO, PERANG JUDI DI MELAKA & HALIMUNAN MAT INDERA

Pagi-pagi ini bila geledah sana sini mencari bahan-bahan yang perlu untuk penulisan, tiga isu di atas merupakan topik perbualan hangat .. maaf bukan perbualan tapi penulisan. Pertamanya, bila ada teguran mengenai betapa 'meriah' indiustri judi haram di bawah samaran lesen premis siber kafe di Melaka. Nahai, di Malaysia ini, kalau pihak lain buat salah pihak lain yang dipersalahkan. 


Tahniah Ketua Menteri Melaka yang cepat bertindak. Pada hari ini penuh di dada akhbar media arus perdana, pentadbiran Ketua Menteri Melaka isytihar PERANG JUDI ! Polis Melaka akan bertindak. 

PBT di Melaka sepatutnya jangan lah nak sabootaj pentadbiran negeri. Lainkali hati-hati dan semak betul-betul permohonan unutk lesen premis siber kafe. Kalau boleh mintak SPRM masuk campurtangan juga.

Balaci-balaci kena rajin-rajin lah buat rondaan dan buka mata luas-luas. Jangan lena dan dok fikir pasal nak sabotaj orang itu dan orang ini sahaja.


Seterusnya pasal Mat Indera. Dua perkara menarik  pertama mengenai mayatnya yang tidak di tuntut oleh ahli keluarganya sendiri dan keduanya mengenai ilmu halimunan yang di tuntutnya. Hendak tahu lebih lanjut sila lah ke blog Gerakan Anti PKR klik lah di sini PAK LATIF BONGKAR SIAPA SEBENARNYA MAT INDERA

Siapakah Pak Latif? Pak Latif adalah bekas warden pada tahun-tahun 1950an dan beliaulah yang menjaga Mat Indera dalam penjara. Kini beliau berumur 71 tahun. Belaiu menceritakan bahawa tiada siapa datang menuntut mayat Mat Indera baik parti politik mahupun kawan-kawan Melayu seperjuangannya. Mat Indera di tahan di dalam penjara selama 7 tahun. Hukuman gantung di laksanakan pada Mac 1957. Pengasas PAS Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ahmad Boestamam pun tidak menuntut mayat Mat Indera. Apa punya jenis kawan-kawan daaa.


Isu paling hangat dan panas ialah mengenai video ZINA SIAM BANG NUO. Video ZINA SIAM memang wujud selain video Zina China Doll. Video Zina China Doll di rakam pada Febuari 2011 manakala video Zina Siam di rakam di antara 12-13 Januari 2011. 

Kewujudan video Zina Siam diakui oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik kerana beliau mendengarnya sendiri daripada mulut Datuk Eskay, Hah ! Kita tunggu je la nanti. Makan hati ulam jantung lah Kak Wan Jijah. Maaflah kak Wan Jijah, kami melalukannya demi agama, bangsa dan negara ! Bukan kerana dendam politik mahupun kerana imbuhan wang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...