Selasa, 28 Disember 2010

GEMPAQ BERGEGER ! ADUN SX SELINSING. SYAER.






                                            

SYAER PERUPOK & SELINSING.

Alif

Tersebut kisah di sebuah negeri
Kononnya negeri menjadi serambi
Nama Mekah diambil puji
Nak tumpang puji tempat lahir Nabi
Tapi jauh panggang dari api.

Sejak Tok Guru perintah negeri
Habis punah kata puji
Tiada lagi Tok Kenali
Sekali pandang naik benci
Tok Kenali dah tak dikenal lagi
Saban hari dok puji bulan tinggi

Nak ke Tumpat naik keretapi
Duduk dalam koc VIP
Ustaz Saidi datang mencari
Suami mengadu isteri menghilang diri
Rupanya duduk bersama YB
Berdua di dalam koc VIP

Penampar manja singgah di pipi
Berseluar boxer dipakai YB
Tak sempat YB nak lari
Sbb duduk atas keretapi
Kena kepung sana sini
Tak percaya tanya ustaz Fauzi
Sepupu ustaz Saidi
 

Berjumpa Tok Guru minta diadili
Hukum hudud minta diberi
Tok Guru terdiam diri 
Menepuk dahi mohon diri
mao solat istikharah malam ini 

Datang lagi esuk hari 

Esuk pagi berjumpa Tok Guru lagi
Penuh harapan agar diadili
Hudud jua pilihan hati
Hiba sungguh terasa dihati
Tok Guru buat kalih lagi 
Jangankan hudud yang diberi
Tapi berdalih dosa sudah diampun Illahi !

Tergumam ustaz Saidi
Nak di lawan pemimpin sendiri
Tok Guru sudah tua tak sedar diri
Sudah tak kenal Hukum Illahi
Bersabar ustaz Saidi menanti hari
Kisah sebenar pasti diketahui

Bila tiba takdir Illahi
Didedah semula oleh ustaz Saidi
Sungguh berani taida peduli
Ianya benar bukan rekaan diri
Lalu tersebar di FB 
Ramai terkejut marahkan Saidi
Habis kereta dilanggar lari
Tak cukup lagi di serang malam hari
Mujur pandai bersilat si ustaz Saidi
Semua yang menyerang angkat kaki
Ustaz Saidi bukan calang-calang diri

BAA
Belum habis cerita lagi
Timbul lagi satu YB
YB lama otai lagi
Terkenal di serata negeri
Nampak baik sifat diri
Tapi ada rahsia tak diketahui

Bermula dengan anak angkat sendiri
Dibela sejak kecil lagi
Ditaburnya dengan segala budi
Rupanya YB ni pun tak dapat kawal diri
Ibarat Pagar memakan padi

Kasian ustazah memendam diri
Selama perilaku ayah angkat sendiri
Hendak mengadi kepada siapa lagi

Takkan ada orang nak percayai
Mana boleh YB hina begini
Hanya hanfon menjadi bukti
Akan segala laku keji 
Wahai YB mana mao lari?

TAA

Demikian sudah berperi
akan berani ustaz Saidi
Segala laku keji 2 YB
Yang dianggap keramat Wali
Sedang Allah Maha Mengetahui 
2 YB bersikap keji
Tiada yang berani 
Kecuali ustaz Saidi
Orangnya wara' takutkan illahi 
Tak berharta seperti 2 YB
Namun lebih terpuji dari 2 YB
Sekian sudah hamba berperi 
Bukan mengeji bukan mencaci
Amar Makruf Nahi Munkar yang dicari
Bukan duduk selindung diri
Di bawah sinar purnama Bulan tinggi
Kepada semua muhasabah diri
Jangan mudah MEMBANGGA DIRI
JIka berdosa mohon ampun Illahi
Jika tidak tutup mulut berdiam diri.
Lebih baik bersatu hati !
Kepada 2 YB 
Silalah MENGUNDUR DIRI
SEBELUM TAHUN BARU INI.!!!!!


BERANI & BENAR
ALLAH BESERTA UMNO/BN 
UMNO ISLAM TULIN
INGAT PAS INGAT ZINA

GEMPAQ ADUN TERLAMPAU??? BABAD PERUPOK 1

Gambar Hiasan Jangan Nak Mandai-mandai ganti Huruf 'H' dengan 'K'


1. ASTAGHFIIRULLAHAL-ADZHIIM belum pun reda ribut topan melanda mengenai kejadian 'ADUN TERTANGKAP DALAM KOC VIP 1' sehingga timbul desas-desus mengatakan pihak PAS bakal mengambil tindakan perundangan yang memungkinkan 'KISAH' tersebut menjadi suatu 'HAKIKI MEMALUKAN'. AL maklumlah, yang dikenakan tindakan punyai hak untuk 'SEPINA' saksi-saksi serta buat ujian 'DNA'; Apakah kali ini kita bakal menyaksikan betapa peri pentingnya 'AKTA DNA' sebagai keterangan kukuh identitas keturunan? Lupakan saja, masing-masing ada akal. Dah tentu yang BERAKAL tidak mahu HILANG AKAL jika KEJADIAN itu menjadi suatu HAKIKI MENGAIBKAN melainkan jika yang BERAKAL itu sememang sudah KENA DIAKALKAN. Bagus sungguh bahasa MELAYU ini sarat makna tersirat. 1 kalimah boleh ditafsirkan menjadi pelbagai makna, contoh 'ZINA'. Macam-macam tafsiran boleh diberikan. Lain Padang Lain Belalang, Rambut Sama Hitam Hati Lain-lain. Kalimat Sama Makna Lain-lain. 


2. Kini, belum reda ribut di daratan, timbul pula pokok hari di ufuk Perupok. Pokok Hari ini istilah bahasa Melayu bagi merujuk kepada petanda HARI NAK HUJAN. Pada kali ini, POKOK HARI kelihatan di kaki langit PERUPOK. Bakal didedahkan oleh JEMAAH BLOGGERS PAPA GOMO & NADI RAKYAT.


Pokok Hari Di Perupok

3. Pokok Hari ini telah di kesan pada radar NADI RAKYAT melalui KHIDMAT TELEKOMUNIKASI GPS yang berbentuk TELEFON SELULAR atau dalam bahasa ranggi masakini 'HANDPHONE' istilah DBP ' TALIFON BIMBIT. Milik siapa? Dah tentu milik seorang warganegara Malaysia berbangsa Melayu beragama ISLAM takkanlah milik Mat Bangla maupun Minah Indon, Filipina, Siam dan sebagainya. PASTInya bukan milik kera di hutan.




4. Malaysia adalah sebuah negara ISLAM mengikut Perkara 3 Perlembagaan yang menyebutkan bahawa ISLAM adalah agama PERSEKUTUAN. Oleh itu diwujudkan  J-QAF bagi mendidik anak-anak bangsa mengenal TAUHID, ISLAM & IHSAN dan mengamalkannya bagi membentuk AKHLAQ MULIA bersesuaian dengan AMAR MA'ARUF NAHI MUNKAR. IHSAN unsur yang penting kerana menimbulkan suatu RASA POROS berkenaan ALLAH MAHA MELIHAT. Tiada perbuatan samada BAIK atau BURUK terlindung daripada sifat QAUNUHU BASHIIRAAN.



5. Para ustaz dan USTAZAH yang mengajar j-qaf di sekolah-sekolah sudah tentu terdiri daripada ORANG-ORANG TERPILIH AKHLAQ nya dan mempunyai SAHSIAH DIRI yang baik untuk dijadikan MODAL kepada anak-anak murid. dan yang berkelulusan akademik daripada IPTA dan IPTS yang berkelayakan seperti KOLEJ UNIVERSITI SAINS ISLAM [KUSIM] yang terdapat di SEREMBAN Negeri Sembilan.




6. Orang Malaysia terkenal dengan BUDAYA ANAK ANGAT dan BERANGKAT-ANGKAT ini. Istilah mak angkat, AYAH ANGKAT, ANAK ANGKAT, kakak angkat, abang angkat, adik angkat dan pelbagai jenis angkat tidak asing dalam budaya Melayu terutama dalam sesetengah negeri di Malaysia seperti contoh KELANTAN. Kisah mereka pelbagai dan kadangkala sampai TERANGKAT! Apa agaknya perkhabaran ADUN PERUPOK masakini ?



7. Akhir sekali, sebagai penutup kepada BAB PENGENALAN BABAD PERUPOK 1. Kita renungkan ayat ini dalam surah Al Israk, adakah kita sudah PASTI mereka yang menjadi ahli jemaah Pok Nik itu mampu mengamalkan ayat ini? TEPUK DADA TANYA IMAN!.




"JANGANLAH KAMU HAMPIRI ZINA, SESUNGGUHNYA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
SADAQALLAHUL-AZIIM



BERANI & BENAR
ALLAH BERSERTA UMNO/ BARISAN NASIONAL
UMNO ITU ISLAM TULIN
INGAT PAS INGAT ZINA
INGAT PKR INGAT DUSTA PKR