Ahad, 3 Oktober 2010

PRK N 45 GALAS : TEPUK DADA TANYA IMAN.

Dalam alam Melayu, 1 bidalan amat menarik hati. Bidalan asal berbunyi " TEPUK DADA TANYA SELERA'. Bidalan ini membawa maksud tersirat yakni ' TEPUK DADA TANYALAH IMAN'. Alam Melayu begitu terkait rapat dengan agama ISLAM. Berapa ramaikah orang Melayu tahu bahawa syariat-syariat para rasul dan anbiya' terdahulu merupakan darah daging orang-orang Melayu. Apabila, syariat Nabi Muhammad bin Abdullah Rasulullah s.a.w. yang melengkapi akan sekelian syariat-syariat para rasul dan anbiya' terdahulu bagi menyempurnakan ISLAM,di alam Melayu ianya diterima bulat-bulat dengan penuh rela dan redha secara beramai-ramai. Penceritaannya amat panjang, tak cukup sekadar di tulis dalam 1 tajuk sahaja di sini. 

Kali ini, perkara yang hendak disampaikan adalah mengenai keadaan hal ehwal orang-orang Melayu sekarang. Semasa orang-orang Melayu memeluk agama Islam dahulu, tiadalah pada masa itu PAS mahupun UMNO; yang ada pada masa itu adalah bangsa Melayu yang beraja. Datanglah perubahan zaman dan berubahlah keadaan hal ehwal orang Melayu. Muncullah tabiat budaya politik dalam alam Melayu. Di zaman moden ini dalama sistem kenegaraan yang diamalkan kuasa memerintah dan memilih pemerintah terletak kepada pilihan rakyat jelata Melayu melalui proses pembuangan undi dalam pilihanraya. Tertubuhlah parti-parti politik yang bakal dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemerintah. Dahulunya Tanah Melayu ini diperintah bulat-bulat oleh Sultan-sultan Melayu; kini Tanah Melayu dikongsi bersama dengan para 'tetamu' yang di bawa masuk oleh pihak British. Barulah pada waktu ini, ada UMNO dan PAS. Bermulalah berebut kuasa dan jawatan antara keduanya sejak sebelum merdeka sehinggalah kini, dah dekat 53 tahun berebut.

Dalam tempoh 53 tahun berebut antara kedua buah parti ini, macam-macamlah cerita yang ada, yang sedih, yang duka, yang mengecewakan tapi belum ada yang menggembirakan hati sekelian orang Melayu ini. 53 tahun bukan tempoh yang pendek tapi punyalah lama, tapi 2 buah parti ini masih bertekak bertegang urat leher bertikam lidah antara keduanya. 6 orang Perdana Menteri Malaysia, tapi keduanya berterusan berbalah antara satu sama lain. Masing-masing hendak menang. Keduanya mewakili kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Selepas PRU 12, perbalahan antara keduanya menjadi semakin besar sehinggakan gagasan untuk bersatu dan penyatuan di tolak mentah-mentah atas macam-macam alasan tak masuk akal. 

Kini, kerusi DUN Galas N45 dalam Parlimen Gua Musang di Kelantan sekali lagi menjadi medan tempur antara keduanya. Berpecahlah sekelian umat Melayu Islam dalam babak-babak cabar-mencabar, ugut-mengugut, membuka 'aib, mencari kesilapan, bertekak, bertegang urat leher dan macam-macam lagilah sebab nak menang. Cuma, mengikut rekod, bila pihak UMNO yang menang, orang-orang PAS masih bebas berkeliaran hatta meragot rumput di padang sekalipun, tapi bila PAS menang, masya - Allah Ta'ala, lembu nak meragot rumput di padang pun takde dan bilangan orang Islam jadi kafir tiba-tiba jadi banyak sebab PAS sesuka hati takfirkan orang Islam dalam UMNO. 

Jadi eloklah para pengundi sekelian mengundi UMNO yang bertanding atas tiket BARISAN NASIONAL. Kalo tidak, nanti bilangan orang Islam di Galas semakin berkurangan dek karenah PAS.