Khamis, 30 September 2010

AKU MELAYU, MELAYU BUKAN RASIS.


AKU MELAYU, 
MELAYU BUKAN RASIS

Aku dilahirkan seorang MELAYU beragama ISLAM di TANAH MELAYU di alam NUSANTARA. Aku hanya tahu bahawa tanah ini adalah tanah warisan bagi bangsa MELAYU. Aku juga hanya tahu MELAYU itu ISLAM di tanah ini. Aku juga tahu adanya PERKARA 153 dalam PERLEMBAGAAN yang melindungi hak-hak MELAYU di Tanah ini. Aku juga tahu, ada PERKARA 8 dalam PERLEMBAGAAN. Aku juga tahu, Tanah ini didiami bersama. Aku juga tahu , 'tetamu' yang datang tidak diundang. Aku juga tahu, mereka juga manusia sama seperti aku. Aku juga tahu, bangsa MELAYU telah banyak berkorban untuk 'tetamu'. Aku juga tahu, MELAYU tidak pernah menindas para 'tetamu'. Aku juga tahu, MELAYU itu beradab kepada 'tetamu'.  AKU JUGA TAHU BAHAWA MELAYU ITU BUKAN RASIS !

KESEDERHANAAN

Besederhana itu adalah jalan terbaik bagi semua rakyat Malaysia. Konsep 1 Malaysia ini kini menyeru semua rakyat Malaysia agar bersikap sederhana. Sikap ini adalah amat penting dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama. Tanpa sikap ini, kesefahaman tidak akan tercapai. Jika tiada persefahaman, maka amat sukar untuk maju ke hadapan dan mencapai Wawasan 2020. Orang-orang Melayu sudah pun membuat 1 pengorbanan besar melalui Jus Soli manakala orang-orang Cina pula perlu mengikis sebanyak mungkin sifat prejudis mereka terhadap orang Melayu. Orang-orang Cina Malaysia perlu menolak semua unsur-unsur melampau yang disuarakan oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin mereka yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada semua pihak. Jika masyarakat Cina mahukan keadilan diberikan mereka juga harus bersedia melakukan keadilan kepada pihak lain. Dalam 53 tahun, pengorbanan dan kesediaan mereka untuk melakukan pengorbanan dan berlaku adil kepada pihak lain masih dilihat sebagai terlalu minimal dan tidak memberi impak yang besar.


Masyarakat Cina Malaysia mestilah menolak pemimpin-pemimpin pelampau mereka yang bersikap cauvinis dan rasis. Mereka juga perlu sedar bahwa sekolah vernakular mereka harus menerima arus perubahan zaman. Mereka perlu mengikis sifat & sikap takut budaya mereka dipinggirkan kerana itu tidak mungkin samasekali berlaku dalam kerangka ruanglitup asas kenegaraan MALAYSIA di dalam PERELEMBAGAAN MALAYSIA.


Kesinambungan keberadaan masyarakat Cina Malaysia sebenarnya bergantung kuat kepada pengikisan prejudis, pelampau dan kiasu. Tanpa adanya sifat-sifat ini, mereka akan menjadi lebih terbuka dan hidup tanpa dibayangi oleh perasaan gerun dan gentar kepada orang lain. Jika mereka bersedia bersikap sederhana, mereka akan lebih dihormati oleh orang lain.


PROFIL DUN 45 GALAS.

DUN 45, Galas dalam jajahan penuh Gua Musang, pintu masuk ke Kelantan dari arah selatan. Jumlah penduduk lebih kurang hampir 100,000 orang. Majoriti adalah Melayu Islam. Daerahnya GALAS, BERTAM & CIKU Mukim-mukimnya ialah BATU PAPAN, BANDAR GUA MUSANG, GUA MUSANG, KETIL, PULAI, RENOK,BERTAM, LIMAU KASTURI.ULU NEGGIRI & RELAI. 

Bandar Pusat Pentadbirannya ialah BANDAR BARU GUA MUSANG. Pejabat Jajahan ialah di Bandar Gua Musang. Di situ juga terletak MAJLIS DAERAH GUA MUSANG. Di Kelantan, wilayah pentadbirannya dipecahkan kepada JAJAHAN, DAERAH & MUKIM. Berbeza sedikit daripada pecahan wilayah pentadbiran yang diamalkan di negri-negeri lain yakni DAERAH, MUKIM & KAMPUNG.

Pusat penamaan calun  kemungkinan seperti biasa ialah samada di Dewan Majlis Daerah Gua Musang, ataupun bertempat di Pejabat Jajahan (Pejabat Daerah Gua Musang).

Tidak banyak maklumat yang boleh didapati daripada laman web Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang berbanding dengan laman web Majlis Daerah Gua Musang. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari kedua-dua laman web pun amat sedikit. Gambaran profil, geografi, taburan penduduk , kegiatan ekonomi serta kegunaan tanah tidak diberikan secara terperinci. 

SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI ? PRK GALAS.


Pilihanraya Kecil datang lagi. Kali ini di DUN Galas dalam Parlimen Gua Musang di negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Serambi Mekah. Peperangan saikologi telah bermula di Facebook. BARISAN NASIONAL  dijangka akan bertanding dengan PAS, itupun jika tiada calon bebas atau secara tiba-tiba DAP turut bertanding.

Awal-awal lagi pihak PAS telah buat lawak dan menyindir UMNO agar tidak bertanding atas nama perpaduan Melayu. Kemudian disusuli lagi jenaka mengenai Ku Li akan sokong PAS. Persembahan di tambah lagi dengan rungutan biasa mengenai SPR yang kononnya berat sebelah dan adalah salah satu komponen Barisan Nasional. Kita juga menunggu kehadiran ramai bomoh-bomoh untuk menjaga pengundi-pengundi 'hantu., jika ada.

Adat pertandingan akan ada yang kalah dan yang menang tapi kemungkinan akan berlaku seri. Sesuatu yang tidak mustahil berlaku dalam senario politik Malaysia pada masakini. Tapi siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?

Keuntungan politik adalah hakmilik calon yang menang dan parti yang diwakilinya. Apakan tidak, calon yang menang bakal mendapat gaji, elaun dan bermacam-macam lagi habuan sebagai AHLI UNDANGAN NEGERI tak termasuk segala kenduri-kendara dan majlis meraikan kemenangan manakala Parti yang diwakilinya pula mendapat publisiti dan kerusi tambahan bermakna bertambah kuasa. Rakyat ? 

Oleh itu amat penting bagi rakyat memilih calon dan parti yang boleh memberi manafaat kepada rakyat. Kalau hendak ISLAM, itu nikmat kurniaan Allah Ta'ala dah sudah ada dinikmati pun tanpa gangguan. Jadi apa yang rakyat/ pemilih berdaftar dalam DUN Galas kehendaki? Janji-janji ? Harapan-harapan? Perjanjian ? Pengharapan? Pertaruhan?

Rakyat/ Pemilih berdaftar di DUN Galas perlukan PENGHIDUPAN YANG LEBIH SELESA DAN LEBIH BAIK DARI SEBELUM PILIHANRAYA KECIL. Penghidupan bermakna, (1) Peluang-peluang ekonomi yang lebih baik. (2) Kemudahan-kemudahan asas yang lebih baik. (3) Kebajikan yang lebih baik. (4) Nasib yang dibelakan dan bukan terbela. (5) Kerancakan pembangunan setempat, (6) Masalah kehidupan dan penghidupan yang dapat diselesaikan segera,

Diharapkan juga agar parti-parti yang berkenaan dan terkenal dengan sifat 'luarbiasa' ganasnya ketika berkempen, agar pada kali ini menjaga adab sopan dan budi bahasa sebagai orang ISLAM walaupun sudah menolak keMelayuannya. Apapun diharapkan mana-mana parti yang menang janganlah pula meluluskan pula lebih banyak kandang babi moden , pusat judi dan arak, rumah urut batin, pusat hiburan, ladang rakyat, lombong emas, kilang dinar emas & perak dan projek bernilai RM4 trillion.